Julia Montes
Julia Montes

Julia Montes

Mara Hautea Schnittka (/ˌmɑːrə haʊtɛæ ʃnɪtkɑː/;[3] lahir 19 Mac 1995) atau lebih dikenali sebagai Julia Montes merupakan seorang pelakon wanita Filipina berketurunan Jerman. Beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan sebagai pelakon kanak-kanak dengan membawakan peranan undangan dan membintangi siri Goin' Bulilit. Montes memperoleh pengiktirafan secara meluas menerusi peranan kejayaanya sebagai gadis manja Clara del Valle dalam pembikinan semula drama Mara Clara (2010–11), berikutan itu, beliau membuat penampilan filem pertamanya menerusi filem drama Way Back Home (2011).Selepas Mara Clara tamat, beliau membintangi drama romantik yang diiktiraf Walang Hanggan (2012), sebagai Katerina Alcantara, yang mana beliau memenangi Anugerah Puteri Televisyen Filipina, dan di dalam Muling Buksan Ang Puso (2013), sebagai Sarah Beltran. Untuk peranannya sebagai Mona Hidalgo dalam drama Ikaw Lamang (2014), beliau memenangi Anugerah Gawad Tanglaw untuk Pelakon Wanita Terbaik dan menerima pencalonan untuk PMPC Star Award for Best Drama Supporting Actress. Montes seterusnya memenangi anugerah Anugerah Gawad Tanglaw untuk Pelakon Wanita Terbaik untuk kali kedua dan menerima pencalonan untuk PMPC Star Award for Best Drama Actress apabila beliau membintangi drama Doble Kara (2015–17), sebagai kembar perempuan Kara Dela Rosa dan Sara Suarez.Di dalam filem, beliau berlakon dalam drama romantik A Moment in Time (2013), sebagai Jillian Linden, dimana beliau telah dicalonkan untuk FAMAS Award for Best Actress, dan seram romantik Halik sa Hangin (2015), sebagai Mia Generoso, dimana beliau menerima pencalonan di Young Critics Circle Award for Best Performance. Penampilan filem lain termasuk komedi romantis The Reunion (2012), seram pengembaraan The Strangers (2012) dan drama bebas Padre de Familia (2016).

Julia Montes

Pekerjaan Pelakon, model
Tahun aktif 2001–kini
Nama lain Mara Schnittka[1]
Mara Montes[2]
Ejen Star Magic (2004–16)
Cornerstone Talent Management (2016–kini)
Warganegara Filipina
Pendidikan Pusat Seni Kulinari, Manila
Kelahiran Mara Hautea Schnittka
(1995-03-19) 19 Mac 1995 (umur 24)
Pandacan, Manila, Filipina

Rujukan

WikiPedia: Julia Montes http://abs-cbn.com/Weekends/episode/detail/article... http://entertainment.abs-cbn.com/tv/shows/starmagi... http://lifestyle.abs-cbn.com/articles/1613/daily-d... http://news.abs-cbn.com/entertainment/02/16/13/jul... http://news.abs-cbn.com/entertainment/03/09/17/jul... http://news.abs-cbn.com/entertainment/03/12/13/jul... http://news.abs-cbn.com/entertainment/03/15/17/loo... http://news.abs-cbn.com/entertainment/03/16/17/jul... http://news.abs-cbn.com/entertainment/06/22/15/jul... http://news.abs-cbn.com/entertainment/07/07/12/jul...